Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.
soalan: relevankah bff pada masa kini??
bff nie benda??
kalau tak tahu sila google (nampak beno menipunya, bff pon tak tahu??!!) dari aku sekolah dulu, aku di momok kan dengan kenyataan bahawa 'boy and girl can never be just friend' soalan lagi: kata siapa?? sejujurnya kebanyakkan bff aku boy. yup, aku memang foul sikit bab2 kawan dengan girl nie. sebab? attitude aku. those who know me know what i mean. tapi aku bukan tomboy! harap maklum.
semalam aku makan dengan bff aku. pastu jumpa dengan kawan2 aku. hmmmm.... kawan ye! take note. ada yang pandang2 sinis, ada yang muntah hijau tak kurang jugak yang koma.... ~sigh~
kadang2 aku stress. salahkah aku?
salahkah kalau kawan baik aku, lelaki? ye aku tahu, kalau boleh kita elakkan fitnah, baik kita elakkan (thanks sis 4 the advise!) aku sedar akan hakikat itu. tapi aku bukan dekat tempat sunyi. memang la jalan berdua tapi doesn't meant that we are doing any thing wrong. sepatah kata ustaz tu ' kamu nie bakal pendidik, macam nie ke yang kamu nak ajar pada anak bangsa kita nanti' (ayat nie AB selalu ulang time kita orang lalu tempat sunyi. sampai aku rasa nak pang je muka dia!)
yang aku sawan tenuknya, setiap kali aku dengan bff aku, soalan wajib tanya: korang couple ke?? hmmmmm.... soalan aku: selain couple, perempuan dengan lelaki memang tak boleh ada status len ke? ~shuts~
bangangnye diorang nie tiba bila belum sorang pon berani tanya aku sendiri. takut aku mencarut la tu... (mula la sifat2 buruk lagi jelik aku nak terkeluar nie....!!! sabar wahai hati.) biarkan... biarkan!
kawan, tak kira la lelaki ke perempuan, berlainan jantina dengan kita ke, tomboy ke sotong. yang penting dia ikhlas dengan kita. yang uniknya pasal kawan nie, dia melambangkan kita. nak tahu siapa kita, tengok kawan kita. aku terharu je dengan kawan2 aku yang gajahnye lain, cengkeriknye lain, yang selipar lain, yang karok lain, yang makan nye lain.... sebab aku nie serba kekurangan. tapi bila tengok dia sanggup berkorban untuk aku. kisah pasal aku. sayang dengan aku. aku jadi sayu. sebab takde ape pon yang aku buat untuk bahagiakan diorang.
yang hantar and jemput ke hospital malam2 buta. yang teman check-up, those who put me back together, stitch by stitch. heal my scars..... yang sanggup kot tengok aku muntah, urut belakang aku. ya Allah, kau jagalah mereka, rahmati mereka.. lebih dari yang mereka lakukan untuk aku.
however, aku tak pelik kalau satu hari nanti bff aku lupa aku. lumrah hidup. bila ada yang baru, yang lama dilupakan. itu biasa. biarkan si luncai terjun dengan labu - labunya.... biarkan... biarkan....
jujurnya aku tak kesah nak kena fitnah ke, kutuk ke @ ngate (bukan bermaksud aku rela, just malas nak layan). sebab dah biasa. dari sekolah rendah dulu kot. cuma kesian dengan kawan2 aku tu la... ape orang selalu cakap, aku bukan retis! tak suka gossip2 murahan nie.... cuma aku sedih la. dizaman blackberry dengan ipad nie, minda kita masih lagi aras2 pensil kayu dengan kertas kajang. hmmmm...
bukan nak cakap elok berkepit dengan jantina yang berlawanan dengan kita. tidak.... ada aku cakap macam tu?? tak kan.....
cuma, cuba selidiki dulu kebenaranya. jangan tuduh melulu. ape korang tu baik sangat ke? dalam khilaf dan alpanya kita sebagai manusia, kita kerap bangga diri. bagus sangatkah kita sampai tak mampu memaafkan orang lain?
dalam dunianya yang semakin senget nie, hargailah orang yang membahagiakan kita. sebab bila2 masa, kita mungkin kehilangannya. pesanan khidmat masyarakat nie dibawakan oleh felda trolak (motipp............!!!)
----------------------------------------------------------to my ex- besties
i know you wont be reading this and if you did, then i'm grateful. yesterday, i spent my whole day looking at our photos. yes, photo can say a thousand words. did you know i cry? i really miss the time i'm able to look you in the eyes knowing you care about me. without saying hatred. i pray that Allah give me just one chance, just more chance for us to go back to those time. when the only thing we know is laugh.... i miss you. really2 miss you. miss your laugh, your smile... .
i hate to say that it's the end of a beautiful friendship. when you tell me that you love me, those just words, you can say that you hate me, it's not hurting me anymore. you can even tell me you dont need me anymore.
you give me hope, everyday. making me believe in myself. if 1 day, we ever cross path, i hope you remember me. even just as someone you know her name. it's more that enough for me. forgive me. for everything. from the time when the only thing you know is my name, till we stop talking.
when i look at our pictures, i hope you and i will be given 1 more shoot.
every now and then, till jannah my dearest...... i heart you!!!
0 kte2 hikmat..:
Post a Comment