after a while, what a relief... alhamdullilah
sabtu 19.2.2011
mama dah start jalan though the fluid bottle is still attach to her. that very moment she prove to me once again that she's very strong. enjoy sangat masa tu sebab dapat spend time dengan mama. aktiviti aku dengan mama sama je. dia bangun, aku bangun. dia makan, aku makan. aku ngumpat, dia dengan! (sebab tu saya sayang mama saya... sebab dia best sangat).
kira aku tebus balik la masa-masa kami bersama. macam- macam aku cite dekat dia. pasal geng JJ la. g celebrate birthday ari tu la. siap tunjuk gambar geng - geng latest aku. gambar bakal menantu dia.. oppss.. terlebih sudah! ahakz.. aku cite dekat dia macam - macam and like usual, she's just listen. my best listener!
ahad 20.2.2011
ari nie mama dah jadi super active. abis satu wad mama ronda. mengalahkan nurse dengan intern! motipp?? mama kata bosan duduk je dekat bilik. mak ude aku datang. she has the same cancer like my mum so she give a lot of advise to mama. mama pon muka chillex je time dengar. aku yang stress lebih.
masa nie tengah ramai nurse pelatih dekat hospital. aku rasa nurse lagi ramai la dari patients. paling mama suka sorang nurse dari sabah nie. nama mamat tu keith. mama suke panggil dia nurul keith. ahakz... tau la mamat tu kiut miut kuase dua!
monday 21.2.2011
hari nie aku betul-betul teruji. bangun pagi aku rasa panas sangat badan aku. nurse pon cakap ' nie sape yang sakit sebenarnye?' mula la aku demam. mama suruh aku balik tapi along cakap satu benda dekat aku yang wat aku rasa macam selfish giler aku nie. he said:
kalau ko sanggup tinggal mama sorang- sorang dekat bilik tu tak pe la ngah.
wadde foot! waaa... along ko seksa lagi perasaan aku.
tuesday 22.2.2011
still demam lagi tapi aku chillex. mama kuat tak kan aku nak lemah betul tak?? aku perasan something today. aku dah start nampak hikmah dari semua nie. aku dengan along dah boleh communicate la. before dia macam sawan jendul je. kalau cakap dengan dia tu setakat benda- benda penting. sekarang nie aku dah boleh share banyak benda dengan along. along aku tu caring and very responsible person. belum kira family man lagi. bak kata mama.... dah boleh jadi suami orang along ko tu.
wednesday 23.2.2011
today have bad and good news. good news aku dah tak demam sangat. still batuk but dah kurang panas. nie mesti sebab jumpe doctor yang tampal kepala semalam. bad news is doktor ho (nickname mama bagi dekat sorang intern yang jaga dia. sebab doc tu suke cakap 'ho') cakap maybe mama tak boleh balik esok. sekali lagi aku terpaksa memilih. mama atau aku. aku call puan ros. she said mak kita sorang je qilah. time nie la kita nak berbakti dekat dia. waaaa.... bakpe sume orang wat aku touching nie????!!
dan aku pilih mama...
thursday 24.2.2011
good news today. the second tube dah boleh cabut. meaning mama dah boleh discharge. yahoo!!! (ceo of yahoo... motipp disitu??) alhamdulillah.... mama pon dah kuat. ready nak main futsal dia kata. hahaha.. that's my mama.
friday 25.2.2011
aku balik TM. klau ikut hati memang tak nak balik but mama like usual said she's ok (aku belajar dari mama la nie, everything is ok and i'm gonna be fine).
kalau ikut otak memang nak balik.. aku dah rindu dengan ramai orang dekat TM. masa along antar aku naik bas dia cakap thanks sebab jaga mama. waklu! mama aku tu... aku belum nak jadi tanggang moden lagi ok! (elelele... wat2 rock plak padahal masa along cakap macam tu aku dah rasa nak nangis dah!)
banyak yang aku belajar dari lawatan sosial dekat hospital. tentang perasaan aku. tentang impian sebenar hidup aku. tentang siapa aku. aku belajar tentang erti hidup.
pesan mama
anggap semua ujian yang kita terima sebagai kurniaan terus dari Allah. Allah nak lihat sejauh mana kuatnya iman kita pada dia. bersyukur la kerana sekurang - kurangnya kita diberi peluang kedua untuk menjalani hidup kita dengan lebih bermakna lagi.
thanks mama!
you really are my everything....