Thursday, June 23, 2011

suke suki versi hospital... 3rd edition


Hahaha.. Mesti korang pelik. Wad 5 tu bukan wad lelaki ke. Ape yang aku wat dekat wad lelaki?? Oh tidak! Bukan mengintai. Kalau mengintai bek aku gi khar. Right yufi zetty??!! Hahaha... Yufi je yang tahu. Ok... Jom cite ape yang best dengan wad 5 nie.

Nie bukan kisah malam jumaat tapi kisah seribu satu malam yang akan pasti aku ingati. Ok cerita nie dari pendengaran aku, pemerhatian aku & pemahaman aku. and maybe ade la tambah spice sikit bukan untuk bagi sedap tapi macam biasa la. Aku ni suka scary movie. Padahal tak de apa pon. Saje suka suki nak scary movie.

Hari tu hari raya... Motipp! Hari selasa sebenarnya. Tengah ari dekat nak Petang la. Ada satu patient masuk. Mamat nie baru pas accident moto. Handsome jangan cakap. Ok. Potong rising action kita terus masuk climax ok! Baru adventure. Dekat nak maghrib mamat tu, syafiq (syafiq memang nama sebenar, kuikuikui!!). See! Syafiq with the Q ok.. Memang rugi tak ngurat. Syafiq tu sesak nafas and a bit meronta la macam nak nazak. Berkejar la doktor tak kira pakar mahu pon pelatih. Nurse berlari-lari anak mencari pelbagai peralatan dan ubat nak bantu si syafiq nie. Kami yang kat situ pon pakat-pakat baca yasin. Hmmm... Dekat setengah jam bertungkus lumus tiba-tiba ada sekor oooopppss!!!!! seorang doktor nie keluar and cakap 'maaf pakcik nie bukan bidang kerja kami' aku pon mula la hairan makwe kepada si pelik. Dah kalau bukan bidang kerja doktor tak kan la kerja makcik cleaner tak pon pakcik guard plak? Adoiyai.... Musyhkil la kepala beta! Lalu bapak syafiq aka bapak mertua-aku-kalau-aku-ngurat-syafiq-tu call somebody. Aku menanti penuh debar. Adakah beliau menalipon awek syafiq? Tak pon tertuduh yang melanggar syafiq?? Takpe.. Gua sabar dulu.

Pas maghrib tu syafiq dah tunjuk belang dia. Pergh.. Dia gi maki hamun mak ayah dia. Aku dah panas. Budak nie dah lebih! handsome tu memang handsome. Ko ingat sebab ko handsome ko boleh suke suki ke maki orang?? Pi ra mabok! Sat..sat..sat.. Aku baru teringat. Bukan mamat nie dari mula masok senyap je ke? Aik?? Ini sudah lain... Doktor bagi ubat penenang dekat syafiq. Pergh.. Ada macam nak berkungfu pon ada la diorang nie aku tengok. Senyap kejap...

Dekat midnight tu dia buat lagi. Tapi masa tu ada sorang ustaz la. Mula la sesi dialog ustaz dengan syafiq. Syafiq cakap nak darah. Mak ai main darah bagai mamat nie. Black metal ke ape. Bapak dia tak kasi. Tanya lagi ape syafiq nak sebenarnya. Syafiq cakap dia nak syafiq. Eh?? Ape ke benda nie???? Dia nak wat ape dengan diri dia. Sah sawan jendul mamat nie. Selepas beberapa sesi ceramah dan tazkirah baru aku nak dapat hidayah pasal syafiq nie. Cis.. Baru la aku paham citer nie. Bakpe la lembab sangat aku nie?? Hmmm...

Syafiq nie accident dekat satu jalan sunyi. Memang kalau accident dekat jalan tu orang akan mati tapi syafiq nie lucky la tak mati tapi putus tangan je. Dia tolong kawan dia tapi kena langgar dengan kereta. Apek tu pon cakap tak nampak dak syafiq nie. Hmmm... Polis jenuh cari tangan dia tapi tak jumpa. Tempat syafiq accident pernah ada dua adik beradik accident. Dua-dua meninggal. So dua beradik nie nak syafiq nie untuk jadi geng bas sekolah diorang la. Si abang berkenan dekat si syafiq nie. Dia la yang sorokkan tangan syafiq. Hmm... Kiranya dia mintak dekat parents syafiq untuk bagi syafiq dekat diorang la nak wat member main hide and seek. Motipp!! Hmmm....  tapi ustaz tu dah berjaya keluarkan adik beradik tu dari badan syafiq. Alhamdulilah...

Esoknya syafiq sedar. Dia nak jugak tengok tangan. Sedih babe! Huarghh...(nape aku yang nangis lebih-lebih nie? Syahdu bah!) tapi muka dia memang redha la.

Moral of the story??
Kalau handsome jangan lalu tempat orang pernah accident! Hahaha... Tak membantu langsung.

Cerita nie untuk dikongsi je. Aku pon masih mencari moral of the story nye. So, any suggestion?

To syafiq... Stay strong babe! Orang comel memang selalu kena buli. 

0 kte2 hikmat..:

Post a Comment

m00d meter